Monday, 2 November 2015

Eh, ada lagi dia ni rupanya.

Assalamualaikum.

Melihat pada entry aku yang terakhir pada 16 May 2013, mak oiii dah 2 tahun lebih aku tinggalkan dunia blogging ni. Tapi yang aku terharunya, walaupun dah lama aku tak berblogging, sampai sekarang ada orang yang kenali aku sebagai seorang blogger. Yang tak tahan tu siap kata aku blogger terkenal. Adoi adik akak abang, ampun. Aku blogger biasa je. Korang ni suka macam ni. Tak tau aku nak gelak ke nak nangis ni :)

Mesti ada yang tertanya mana pergi nya aku selama ni, dan kenapa tetiba dari entah ceruk mana aku kembali berblogging ni. Ahaha. Untuk pengetahuan semua, aku kini dah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki yang ganteng yang kini dah berusia 4 bulan. Alhamdulillah. Kau tengok ! Betapa lama aku tinggalkan dunia blogger ni sampai anak pun dah nak besar hahaha. Gelak jela keje aku.

Beberapa bulan lepas kahwin, aku berhenti kerja sebab kesihatan mak aku tak berapa baik. Alhamdulillah aku kini seorang suri rumah tangga sepenuh masa yang berjaya ! Mau tak berjaya, aku jaga anak sendiri, aku masak, aku mengemas, aku semua la. Superwoman enough :D

Salah satu sebab juga aku kembali berblogging ni adalah sebab, sekitar bulan April yang lalu, aku dan suami pergi ke beberapa buah negara seperti Portugal (Lisbon), Sepanyol (Madrid & Barcelona), Perancis (Paris) dan United Kingdom (London). Jadi, ramai yang minta aku tulis entry pasal tempat-tempat ni. Aku akan cerita pasal tempat-tempat ni pada entry akan datang. Jadi, aku ucapkan selamat kembali ke dunia blogger pada diriku :D


Anak penyeri hidupku, Aqil Rayqal
www.tips-fb.com

1 comment:

Zie Azi said...

hai blogger,susahnya apabila kita nak maintain blog kita sendri kan.
anyway tak sabar nak tggu next entry pasal holiday Azar