Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin & muslimat

Assalamualaikum

pejam celik pejam celik, dah masuk sebulan dah kita berpuasa kan. kalau harini nampak anak bulan, insyaAllah esok kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri & hari ini juga akan menjadi hari terakhir kita berpuasa untuk tahun ini. kejap je kan masa ni?

Photobucket

jadi di kesempatan ini, saya nak menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kekhilafan saya pada semua individu sama ada yang mengenali saya secara in person atau pun di alam maya. saya memohon maaf andai saya pernah terkasar bahasa, terguriskan perasaan, tersombong tak semena or servis saya sebagai seorang peniaga tu kurang memuaskan. saya mohon maaf ikhlas dari hujung rambut hingga hujung kaki. saya akan cuba untuk perbaiki diri insyaAllah.

Semoga Aidilfitri kali ni memberi seribu makna & kebahagiaan kepada anda semua & mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita umat Islam. Barakallah. haa raya, raya juga. tapi jangan sampai abaikan kesihatan & keselamatan diri ye. kalau datang beraya di seremban, datanglah singgah rumah saya ye :) okay Salam Lebaran semua.



nak dapatkan flash raya macam ni? jom serbu blog Ayeem Ayam.
credit & thanks to him for this super cool and cute flash card :)


till then,
Salam.
www.tips-fb.com

Sunday, 28 August 2011

adakah aku masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan?

Assalamualaikum


Photobucket


Aku lihat Ramadhan dari kejauhan...
Lalu ku sapa ia " Hendak kemana? "
Dengan lembut ia berkata ,

"Maaf , aku harus pergi . mungkin lama . Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin . Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya , peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa .
Itupun Syawal .. ia sudah tiba .."
....

Ku lihat Ramadhan pergi ... jauh ....
"Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya Ya Allah ?"



www.tips-fb.com

Thursday, 18 August 2011

pandainya dia nyanyi lagu melayu :)

assalamualaikum

lame kan tak update blog? takpe tau dah hihi. jom layan 1 video ni. dia dari france kalau tak silap. look at her. she's singing Pulanglah by Awi Rafael. comel gile. cuba dengar die cakap 'bye bye' .



bagus kan bahasa melayu dia? :)
www.tips-fb.com

Wednesday, 15 June 2011

Matluthfi : ahli maharaja lawak baru?

assalamualaikum

okay sekarang cuba bagitau aku siapa yang tak kenal Matluthfi? dia ni pernah jadi fenomena la dengan video-video yang dia rakam & upload kat youtube. and still orang suka tengok video dia. masa aku baru kenal die dulu, aku ada suruh kawan aku tengok video yang matluthfi ni upload kat youtube. and kawan aku tu terus jatuh cinta kat dia disebabkan ke-cool-an matluthfi ni buat video. video-video yang dia buat hampir semua nya berkisar pasal life dia, isu semasa & life rakyat malaysia ni. and yang paling penting, tiap video yang dia buat tu, semua ada message & pengajaran yang tersendiri. idea dia memang brilliant. wait! dia memang sengal & disebabkan kesengalan dia la, video dia jadi meletup-letup bagaikan lava gunung berapi. kalau sebelum ni aku pernah upload 1 video matluthfi kat blog ni, jadi hari ni aku nak upload banyak! jadi pada siapa yang tak pernah kenal lagi siapa tu Matluthfi atau tak tengok lagi video dia yang boleh dikata agak baru, you guys should watch his videos! jadi, jom layan :)


1: album baru
gile betul matluthfi ni. peminat shinee & seangkatan dengan nya, haruslah tengok video ni :D


2. Bukan Semua Cantik Subjektif
orang sanggup buat apa saja untuk cantik?cantik luar?cantik dalam?


3. Serta Paksa
kesesatan yang hakiki? haha..


4. Typical Local Film/Drama Scenes
yang ni pengajaran video dia sangat bagus untuk kita semua :)


5. Mercun Bola Bukan Bola
yang ni untuk penonton perlawanan bola yang terlalu fanatik sampai tak dapat control diri?


6. Nama Pun Sampah
yang ni patut boleh jadi iklan commercial kat TV untuk galakkan rakyat Malaysia ni buang sampah dalam tong sampah.


so now, what say you? cool gile kan dia ni. maybe lepas ni dia boleh join maharaja lawak. so to Matluthfi, teruskan apa yang kau buat ni. sekurang-kurangnya kalau orang tengah sedih, dia mampu gelak bila tengok video kau. Malaysia terus menyokong kau walaupun kau kat oversea sekarang. kau balik Malaysia nanti, aku belanja roti canai (mati aku kalau dia tau and dia tuntut kat aku hehe :)


salam.

www.tips-fb.com