Sunday, 6 January 2013

Wedding of sis Maria Elena & Asfirdaus

Assalamualaikum 

Selamat Tahun Baru 2013 semua :) Bunyi macam hmm sikit sebab sekarang dah 5hb baru nak wish new year. Takpe la anggap jela harini baru 01012013 okay!

Haritu masa 22.12/2012, berlangsunglah Reception (Majlis Bertandang ke rumah belah lelaki) kakak peliks Maria Elena & pasangan Asfirdaus. Beberapa bulan sebelum tu lagi si kak Atin dah suruh apply cuti awal-awal sebab suruh jadi receptionist tau. Wait korang mesti ada yang confuse kan apa kaitan Wedding Maria ngan Fatin Liyana? For those yang tak tahu (ada ke lagi yang tak tahu?), Maria Elena ngan Fatin liyana ni nampak sangat close tapi bukan adik-beradik ye bukan. Kak Maria ni kakak ipar Fatin Liyana which means kak Maria ni kahwin dengan abang kak Fatin iaitu Asfirdaus jadi kira diorang ni dah jadi adik beradik la. Ha paham dak? ke lagi confius? T__T

Seperti biasa mana-mana kenduri kahwin mesti ada majlis rewang malam nya tu kan. I bersama-sama si Datin Najahtul dan kak Nani pun datanglah untuk tolong apa-apa yang patut. Kemain semangat masing-masing. Malam tu kitorang stay sampai pukul 1 pagi pastu sensorang menggelupor balik sebab esok pagi nya nak kena bangun awal kihkih.

Keesokan paginya, kitorang gather kat umah kak atin dalam pukul 10. Sampai-sampai semua macam "ehh cantiknya kau kak cantiknya baju cantik sangat" tiap kali jumpa pun camni. puji-puji each other pastu tangkap gamba banyak-banyak sebab semua pakai baju sama warna. Ha kau siap ada button batch sorang satu. comel okay.






Here come the pengantin. Cantik sangat okay ! Masa kak maria ngan abg as sampai, kitorang yang patutnya jadi receptionist pun terus tak sedar diri tak ingat yang diri tu receptionist kena sambut tetamu g lari tangkap gamba diorang. Wedding kak maria ngan abg as kat Seremban ni tahap maharaja lawak cute okay ala-ala garden gitu. Den yang nengok ni ha pun feeling-feeling princess terus.



Yang lain-lain ni gamba kitorang je lebih yela tak dapat nak tangkap gamba pengantin banyak sebab kitorang dok sibuk sambut tapi bughak je lebih sebenarnya haha. Malam tu sesi buka hadiah dari tetamu yang datang. Kitorang sekali lagi sibuk jugak tengok. Dasar penyibuk memang cenggitu la kan. Haritu kitorang tak dapat tangkap gamba ngan pengantin sebab diorang busy sangat dengan lepas tu nak g wedding photoshoot nye pastu tengok-tengok diorang dah tukar baju siap. Memang kitorang jela yang bergambar syok sendiri kat pelamin tu.





Aza doakan kak Maria ngan Abg As akan sentiasa bahagia sehingga ke syurga dan dipermudahkan segala urusan InsyaAllah. Selamat Pengantin Baru kak Maria & abg As :)


www.tips-fb.com