Monday 13 December 2010

Fashion Talk: hey it's all about high heels girls!

assalamualaikum. salam sejahtera :)

pagi ni aku terpanggil untuk bukak TV3 & tengok wanita hari ini. selalunya aku tengok cartoon. hehehe. wanita hari ini ni 1 siaran yang bagus untuk kite tengok tau sebab diorang sentiasa ada paparan yang menarik untuk kita tahu. bukan setakat perempuan, lelaki pun patut tengok. yela nanti kau nak kawen ngan pempuan kan. takkan ngan laki plak. hehe. jadi kena la tau serba serbi tentang dunia perempuan ni :)

okay hari ni WHI buat paparan pasal Kasut Tinggi: Seksi ke Seksa?"
memang terbaik la tajuk perbincangan diorang arini kan. memang kena sangat la ngan batang hidung aku yang tak berapa nak mancung ni T_T untuk pengetahuan korang, aku TERAMAT la sukakan high heels. lagi tinggi lagi aku suka. lagi complicated design dia lagi aku suka haha. sampaikan aku cuma ada 1 je flat shoe. tu pun sekali je aku penah pakai. sedihnya menjadi kau flat shoe. haa skang baru kau tau betapa tinggi nye passion aku terhadap high heels ni. i'll go crazy macam orang gila bile aku masuk kedai kasut and nampak high heels cun-cun tau. sebab tu kalau aku takde fulus, aku takkan beranikan diri masuk kedai kasut. nanti aku kecewa. sedih~

tapi ada jugak orang yang prefer pakai flat shoe rather than high heels. tak sakit kaki katanya. tu semua pendapat & minat masing2. tp hari ni aku nak cerita sikit la pasal high heels ni. setelah tgk WHI & buat research sikit pagi ni, heels ni boleh dibahagikan kepada 3

1) low heels : tumit kurang daripada 2.5 inches (6cm)
2) middle heels : tumit yang mempunyai tinggi 2.5 hingga 3.5 inches (6cm - 8.5cm)
3) high heels : ukuran yang melebihi 3.5 inches

heels jugak ada banyak jenis. contohnya macam ni
chunky
perghh haa tengok2. memang style la kasut ni. kalau aku jumpe memang aku beli terus tanpa pikir panjang lagi. ala ala kasut askar pun ada. memang cun! :D chunky heel ni diameter tumit die lebih besar & kurang pressure kat kaki. jadi kuranglah rasa sakit.


kitten
lawa gile la kaler kasut ni. aku da terbayang2 da kalau ade kasut camni lam almari kasut aku. camne ni camne ni? T_T kitten heel ni die pendek, slender heel. banyak dipakai oleh orang yang tinggi yang ingin nampak sexy tanpa tumit yang tinggi.


stiletto
tumit jenis ni memang paling dicari kalau nak g kemana mana function mcm dinner, party & dll. bila pakai memang nampak elegant & seksi. tp kalau ada orang nak buat jahat ngan korang, baling je konfem tercacak kat kepala die :D



wedge
tumit jenis ni memang ramai orang suka sbb kaki pun tak sakit kalau pakai. memang jadi pilihan bagi orang yang nak nampak lagi tinggi. pada masa yang sama rasa selesa :)


okay skang aku bagi sikit tips untuk korang kalau nak beli high heels to make sure you end up with a perfect pair for you. check it out :)

pastikan korang tau saiz kaki korang
bunyi macam kelaka kan. tapi ni la hakikatnya. ramai orang sebenarnya tak tau berapa saiz kaki diorang sebenarnya. dan kalau korang nak tau, kaki kite boleh mempunyai 2 saiz yang berbeza! solution nya, certain shoe department ada tools untuk measure kaki kita. jadi lebih baik kita dapatkan ukuran kaki kita yang betul supaya kasut yang bakal kita beli tu bukan saja selesa, tp baik untuk kesihatan kita :)

beli high heels pada waktu petang
percaya atau tak, saiz kaki kita boleh berubah throughout the day & the swell a little bit at the end of the day. aku pasti ramai yang da tau pasal ni. jadi ni adalah fakta & bukannya mitos. tips ni bukan saja boleh kita praktikkan untuk beli high heels, tapi untuk semua jenis kasut.

sesuaikan high heels yang bakal dibeli dengan berat badan kita
bunyi macam perkara remeh kan. tapi ni lah hakikatnya. orang yg ade saiz badan yang besar digalakkan beli kasut yang mempunyai tumit yang tak terlalu tinggi sebab pressure yang diberi oleh badan kita boleh menyebabkan kaki kita cepat rasa sakit. pilihan terbaik adalah wedges :)

jangan beli high heels disebabkan harga atau jenama. tapi keselesaan.
sangat penting kita tau apa material sesuatu kasut tu. leather (kulit) adalah material yg paling sesuai untuk high heel. tapi kalau korang sayangkan binatang & tak mau menyumbang pada kekejaman, ada banyak option lain. elakkan beli high heel dari material synthetic fiber macam nylon atau plastic sebab jenis material ni boleh buat kaki kite cepat melecet & berdarah serta tak tahan lama.


kalau kita tengok, ramai perempuan suka pakai high heels sebab high heel boleh buat seseorang perempuan tu nampak lebih confident dan cantik. tapi pemakaian high heel dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan komplikasi seperti :

- sakit kaki terutama di bahagian tumit & tapak kaki
- boleh increase fracture
- possibility mendapat arthritis tinggi
- boleh jejaskan organ dalam
- boleh sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang & bahu jadi sakit

kemain panjang lebar aku cite pasal high heels ni kan. jadi harap ape yg aku cite ni boleh jadi panduan kat korang sume masa nak beli high heels okay. kita boleh pakai high heels tapi jangan pakai 1 hari direct. nanti jadi seksa. bukan seksi da kalau jalan pun senget2 nanti.


love,
arxar nadhirah
www.tips-fb.com

Friday 10 December 2010

fashion talk: embellished chain shoulder jacket/cardigan is soo in right now!

salam. hai hai hai korang semua. salam 1 Malaysia. ade macam ciri2 pemimpin tak aku? hehe

okay setelah sekian lame menyepi sebab tak dapat melawan perasaan malas aku ni, jadi aku nak cite sikit la pasal dunia fashion ni. bak kata fatin liyana asri , aku ni bukanlah fashionista mahu pun orang yang arif pasal dunia fashion ni. aku still jugak budak selebet yang main hentam je pakai apa aku nak pakai hihi. tapi aku nak kongsi sikit la apa yang terbenak di sudut hati aku ni.


credit to vainpod.com
cardigan & jacket memang 1 kemestian la kata orang bagi gadis2 skang ni. sbb korang boleh nampak lg stylo bila pakai t shirt ngan jacket kan. korang sume mesti tau pasal cropped cardigan/jacket macam dlm gamba kat atas ni kan? aku konfem dalam almari comel korang tu yang melambak2-baju-sampai-taktau-nak-pakai-yang-mana tu, atleast mesti ade 1 la. tak pun 2. mahu pun 3. kalau ada, korang mmg up to date la! tahniah tahniah! :D


peehh yang ni aku takyah kenalkan lg la kat korang. aku tau korang mesti kenalnye la ngan si fatin liyana asri ni haa. korang konfem tak bosan nye ngan blog die. kalau nak jadi cantik macam die, ape lg pakai la cropped shoulder puff cardigan macam die ni haa ;)

tapi yang aku nak cite kat korang ade bukan lah pasal cardigan ni. tapi die lebih kurang la. kira adik beradik la diorang ni. kalau puff cardigan ni dikira macam kereta waja, yang bakal aku nak cite ni macam kereta waja baru la hehe. aku nak kongsi ngan korang pasal Chain Embellished Shoulder Cardigan/Jacket.
credit to boudoir-boudoir
haa, tengok2! tak ke terbeliak mata kau tengok cardigan/jacket style camni. memang macho gile! kalau cardigan biasa die plain je kan. tp cardigan jenis die die ade chain draped kat bahagian shoulder die. kalau korang pakai memang style abes la aku cakap. jiran tetangga, orang yg lalu lalang, rumput lalang-lalang yang ada pun konfem pandang sambil bagi tabik spring la kat korang sebab korang stylo sangat. hehe melampau sikit ayat aku ni kan.


tengok minah ni pakai. ada style kan. dari cardigan yang kosong, bila ade nye rantai2 besi macam rantai penjara wanita kajang ni, terus jadi cunness kan :D


meh aku zoom in sikit detail chain die. haa tengok, memang stylo abes ala-ala pangkat yang tentera & polis pakai kat bahu tu. kalau makcik2 nampak ni, konfem diorang tanye korang beli
kat mane sebab diorang nak buat gantung kat bilik diorang :D


tapi sekarang ni zaman dah maju. bukan jacket ngan cardigan je yang ade draped chain camni. tapi blouse2 & dress2 pun dah banyak dah letak chain2 gini kat shoulder part. memang stylo kan bile g dinner pakai dress camni. pakai plak boot tinggi. pergh! :)


skang korang tengok la plak tuan belog pakai embellished shoulder cardigan ni. memang rockstar abes kan ngan juntai2 rantai tu. ditambah plak ngan shade sedemikian. pergh ley sgt la kalau korang nak gantikan ella :D suka mak nengok nye. hehe. tp kalau korang dah ade jacket or cardi camni yang plain, korang takyah la beli yang baru semata2 lepas korang tengok aku buat review pasal cardigan ni. bende alah chain berjuntai tu ada je jual berasingan. korang ley carik kat kedai2 accessories. jangan membazir kata orang. kite still ley bergaya even duit dalam poket kau kopak kan cheers~

www.tips-fb.com