Thursday, 19 May 2011

Fakta Menarik 2: Bangunan-Bangunan Pelik & Unik di Dunia

asssalamualaikum

sebelum ni korang dah layan tangga-tangga pelik yang ada kat dunia ni, skang aku nak share ngan korang pasal bangunan-bangunan pelik plak. serius kalau korang tengok, memang boleh buat garu kepala la. sampaikan aku sendiri terfikir, macam mana la diorang boleh terfikir nak bina bangunan-bangunan macam ni. adoi pening-pening (sambil garu kepala yang tak gatal) . malas nak cakap banyak. jom kita cekidaut.

1. Longaberger Basket Building
kalau mak aku tengok bangunan ni, mesti dia suka. senang dia nak pegi pasar kalau ada bakul besar camni. sumo dio buleh lotak kek dalam bakul tu. haha. haa tengok2, tak ke comel bangunan ni. nama bangunan ni Longaberger Basket Building which is dia terletak kat Ohio USA.

2. The Upside Down House
haa haa kau tengok. kau tengok. rumah pun diorang buat terbalik jugak. apa motif diorang sebenarnya buat rumah camni? aku sendiri tak paham. cuba korang bagitau sikit. rumah ni digelar Upside Down House. memang sesuai la nama rumah ni ngan design dia kan. nama orang yang design rumah ni Daniel Czapiewski (apo susah bona namo ekau ni) . and rumah ni terletak kat perkampungan kecil Szymbark, Poland.

3. The Piano House
pergh betapa kreatif nya orang skang ni. rumah pun buat macam piano. mesti tuan bangunan ni pemuzik. tak pun gila piano? bangunan ni terletak kat China. macam yang korang nampak kat gambar tu, violin tu ialah tangga untuk naik ke bahagian atas & dia diperbuat dari kaca okay! sekali aku pecahkan, korang takley turun. duk la kat atas tu. haha kejam.

4. Basque Health Department Building
skali tengok, da macam transformer jahat tengah nak bertukar dari kereta ke robot pun ada jugak bangunan ni. apa la pelik-pelik sangat design nye ni. pape pun, memang mantap gila design dia kan? bangunan ni hasil rekaan Coll-Barreu Arquitectos and bangunan ni terletak kat New Town Spain.

5. The Crooked House
ni hape la plak da macam laut bergelora da aku tengok bangunan ni. nampak tipu pun ada kan. tapi tula hakikatnya. bangunan ni terletak kat Poland. bangunan ni berukuran 4000 meter square dan di reka oleh Szotynscy zaleski (hai namo ekau pun pelik jugak?)

6. The Robot Building - the Bank of Asia
okay yang ni serius paling comel! ada pulak bangunan bentuk robot. macam-macam. da macam lego pun ade aku tengok. dulu kecik-kecik, aku suka gile main lego. abang aku main, aku pun nak main jugak. dia pengumpul lego tegar dulu. jadi dia banyak habiskan duit dia beli lego. aku pun beli gak. tak nak kalah kau. last2, aku curi main juga lego dia hehehe. robot building ni terletak kat Bangkok, Thailand & bangunan ni di reka oleh Sumet Jumsai.

7. Wonderworks
ni kenapa semua pun nak bina terbalik-terbalik ni? bangunan ni terletak kat Pigeon Forge, Tennessee & siap di bina pada tahun 2006. arkitek yang bertanggungjawab membina bangunan ni ialah Bullock Smith & Partners. yang menarik nya pasal bangunan ni, bila kita masuk, semua benda yang ada dalam bangunan ni berkedudukan terbalik. means, in order to participate in the fun, kita semua kenainverted. menaik kan? :)

8. Solar Ark Building
so what do you think about this building? menarik kan design dia? :) Bangunan ni terletak kat Jepun and bangunan ni boleh kita lihat even dari JR Tokaido bullet train. and for your information, this building is a solar power generation facility. cantik & menarik kan?


okay cukup sampai di sini. owh ye untuk pengetahuan semua, ruangan 'Fakta Menarik' ni akan jadi 1 ruangan tetap dalam blog ni. more weird and interesting facts to come. so keep supporting this little tiny blog for more 'Fakta Menarik' :D

salam.

www.tips-fb.com

Fakta Menarik 1: Tangga Tak Serupa Tangga (payah jugak kalau otak manusia ni terlalu hebat)

assalamualaikum

dunia skang ni makin dasyat. maklum lah otak orang skang ni hebat-hebat. mana tak nya, hari-hari minum milo. err ade kaitan ke? sampaikan sesuatu benda yang sepatutnya dibina selamat untuk kita guna, bila fikir balik, aku sendiri pun taknak! aku pernah google dulu pasal design tangga-tangga pelik kat dunia ni. tapi waktu tu aku malas nak berblog2 ni. so skang baru la teringat nak cerita. so jom layan jap gamba2 hasil 'google'lan aku nie.

kot ye pun nak save ruang, jangan la sampai buat tangga macam ni. melainkan kalau duk sorang boleh la. kalau ade budak kecik ke orang tua ke, tak ke banyak incident pembunuhan boleh berlaku. jangan jangan.

yang ni sama jugak la kes dia ngan gamba kat atas ni. kalau ye pun otak tu macam albert einstein, jangan la sampai buat tangga macam terapung-apung camni. aku sendiri tak confiden nak naik. silap hari bulan, mau jatuh tergolek himpap orang yang tengah duduk bergelak ketawa sambil makan ais krim kat bawah tu. huish seram.

yang ni memang sangat sesuai untuk orang yang nak bunuh diri. design dari Sabina Lang & Daniel Baumann

orang yang design tangga ni lagi bijak. bawah tangga kau letak buku. pastu orang pun langkah-langkah. bijak bijak.

haa yang ni kreatif. tangga yang diperbuat dari skateboard. pada sapa yang ada anak suka main skateboard and main lewat malam sampai tak reti balik rumah, korang amik je skateboard dia tu, buat jadi tangga. hari-hari dia main skateboard kat rumah. haa bagus kan idea ni? tangga ni dihasilkan dekat Roarockit Skateboard Company. tak sure kat negara mana.

ada jugak tangga da serupa roller coaster? ni nak di kategorikan cerdik ke apa ni? tapi aku rasa tangga ni pun bukanlah untuk orang naik. sekadar untuk tontonan. nak tunjukkan betaopa kreatif nya manusia skang ni.

apakah ini? ni tangga ke apa? sungguh mencabar. tak payah da nak pegi jungle tracking ke apa. tangga rumah sendiri lagi mencabar dari jungle tracking.

tangga mencair? tolonglah jangan huhuhu. tangga ni design dari Phillip Watts Design.

nampak macam takde cacat cela kan? sebenarnya kalau korang perhati betul2, dinding kat tangga ni diorang enclosed dengan spiked walls. ni nak bagi orang naik tak nak? kalau skali ramai naik turun, konfem ramai yang luka. silap2 ada yang mati. gila ke apa? huhu.


okay cukup la buat masa ni. kalau nak diikutkan, banyak lagi design tangga yang pelik-pelik ni. tapi ada jugak cantik and nampak memang brilliant gila idea-idea diorang ni. so far aku rasa semua tangga kat malaysia ni selamat lagi la untuk digunakan. masa depan nanti, wallahualam. so aku seru pada semua engineer & arkitek, buat la tangga yang selamat untuk digunakan hehe.
www.tips-fb.com

Monday, 16 May 2011

kisah benar : pengalaman pengguna VCO. jerawat hilang lepas amalkan VCO. jom kite cekidaut


assalamualaikum

first, saya nak ucap berbanyak terima kasih sebab VCO ni dapat sambutan ramai. ramai yang email saya untuk order & tanya soalan mengenai VCO ni. pada siapa yang masih tak tau apa tu VCO, korang boleh tengok & baca mengenai VCO kat entry ni ye . saya ada buat entry khas tentang VCO ni :)

alhamdulillah ramai juga pengguna VCO yang bagi feedback positive. diorang semua puas hati dengan product dari Catalyst ni. saya pun tumpang happy untuk diorang :) okay hari ni, saya nak kongsi sikit tentang pengalaman sorang pengguna VCO yang bernama kak sha tentang perubahan yang dia alami lepas amalkan VCO ni. jom kita kongsi cerita akak ni :)

ni gambar sebelum kak sha amalkan VCO. menurut kak sha, kulit dia berjerawat. pakai foundation pun still nampak jerawat yang timbul kat muka. self confident dia jadi rendah sebab muka yang berjerawat. kulit muka dia pun nampak berminyak sebelum amalkan VCO. and skang kita tengok gamba kak sha lepas amalkan VCO :)


tada! ni la gamba terbaru kak sha lepas amalkan VCO. cantik kan kulit dia? berbeza dari sebelum dia amalkan VCO. jerawat yang sebelum ni timbul-timbul, dah takde dah. dia jadi lagi confident untuk tangkap gamba secara dekat skang. plus, dia tak payah lagi nak tempek mekap tebal2 semata-mata untuk cover jerawat yang timbul kat muka dia. dia apply mekap pun sikit je. haa yang penting, dia dah tak segan skang nak tangkap gamba dekat-dekat :)


so menarik kan pengalaman kak sha ni. alhamdulillah VCO boleh selesaikan masalah jerawat dia. thanks a lot pada kak sha sebab willing untuk bagi aza share ngan korang semua tentang pengalaman dia.

perlu di ingatkan, nak dapat kesan yang bagus, bukan hanya makan 2-3 hari. masa dia ambil untuk tunjuk perubahan berbeza untuk setiap individu. berbeza dari segi hormon & sistem badan berfungsi. ada yang dapat rasa perubahan dia sekejap. ada yang lambat. apa-apa pun, jangan give up. yang penting, amalkan 2 capsule sehari. lagi bagus kalau amalkan VCO dengan Collagen dari Catalyst. nanti aza update entry pasal Collagen plak k. selain kak sha, ada juga pengguna lain yang alami perubahan yang sama macam kak sha. nanti saya update untuk entry yang lain ye.


jadi untuk siapa yang berminat, boleh email saya di arxar.nadhirah234@gmail.com. sertakan nama, alamat, no telefon dengan jumlah item ye. nanti saya akan reply bila saya online. pada yang dah mula makan VCO, teruskan makan. jangan 1 botol tu dah habis, korang tak makan dah. untuk dapat kesan yang bagus, dia bukan ambil masa seminggu 2 saja ya :)
thanks a lot semua :)


www.tips-fb.com

Wednesday, 4 May 2011

Comelicious : Cupcakes cantik-cantik yang boleh buat korang pengsan :)

assalamualaikum

oleh kerana skang aku tengah sem break, maka aku sangat rajin update blog. sejak cuti ni, aku rasa macam banyak je idea nak menaip. kalau tak, haram.

aku nak share ngan korang 1 blog cupcakes yang comel-gile-sampai-aku-terasa-nak-belajar-buat-cupcakes-and-makan-sorang-sorang-sampai-puas :)

and it's CoMeLiCiOuS !
serius memang comel da sesuai sangat dah nama blog ni dengan cupcakes2 yang ada. bukan takat cupcakes. cakes pun ada. design dia sangat la comel nye sampai aku sendiri rase sayang nak makan tau. rasa nak simpan je. tapi apa kan daya, terpaksa jugak la makan hehe. nama owner blog ni kak suzana. dia memang friendly and baik sangat okay. and cupcakes dia memang sedap sangat! memang tak rugi kalau korang try. akak ni stay kat area damansara. macam aritu aku jumpa dia kat area ikea je. senang. harga pun berpatutan. Comelicious terima tempahan untuk semua occasion. birthday, wedding, engagement, anniversary, party and semua la. jom kita tengok antara cupcakes hasil sentuhan kak su dari Comelicious ni :)


comel kan?? kalau korang nak order, kat blog comelicious ni ada tunjuk cara nak contact kak su. and make sure korang buat tempahan 2 minggu sebelum tarikh yg korang nak ye. takut akak ni dah terima tempahan dari orang lain. harap pertanyaan korang pasal cupcakes ni terjawab and korang semua puas hati ye. thanks :)

www.tips-fb.com

my birthday: jom kita makan macaroon free!


assalamualaikum

okay aku tipu je. kesian korang kena tipu ngan tajuk entry aku kan. tajuk entry haruslah gebang2 sikit baru orang nak baca hahaha. 23 April lepas birthday aku. aku dah 21 kot! alololo muda lagi ni. boleh berparti huha sana sini lagi ni *mode jadi senyap secara tiba2 bila teringat makin lama, dosa pun makin banyak T_T * okay, thanks la korang2 semua yang wish birthday aku tu. aku terharu kot orang ingat birthday aku. rasa nak mengangis. padahal notification birthday keluar kat home FB korang kan kan? hihihi. anyway, yang sebenarnya, masa hari birthday aku tu, aku dok rumah je. tak pegi mana2. sedih tak?? yela aku kan dok jauh di perantauan. member pun jauh merata tempat. so aku sambut birthday depan tv jela hihihi.

skang aku dah start cuti. masa untuk bergembira bersama temen, pacar dah keluarga :D jadi siapa yang nak bawak aku keluar tu, dah boleh lah buat appoinment dari skang ye. kaunter bukak sampai bulan 7 ni hahaha. la jom la layan gamba2 yang boleh buat korang turut berangan sama macam aku :D

bestnya kalau rumah aku penuh ngan cupcakes, coklat, gula-gula camni. okay diabetes. bye!

Photobucket
macaroon macaroon. i want it moree!

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
my favourite!!

Photobucket

Photobucket

Photobucket
alololo baby omey omey. come to me come to me :)

adakah ini sangat obvious keobsesan aku terhadap pink? since i love pink and vintage so much, so i would like to share it with you :)


till then,
salam.

www.tips-fb.com