Wednesday 15 June 2011

Matluthfi : ahli maharaja lawak baru?

assalamualaikum

okay sekarang cuba bagitau aku siapa yang tak kenal Matluthfi? dia ni pernah jadi fenomena la dengan video-video yang dia rakam & upload kat youtube. and still orang suka tengok video dia. masa aku baru kenal die dulu, aku ada suruh kawan aku tengok video yang matluthfi ni upload kat youtube. and kawan aku tu terus jatuh cinta kat dia disebabkan ke-cool-an matluthfi ni buat video. video-video yang dia buat hampir semua nya berkisar pasal life dia, isu semasa & life rakyat malaysia ni. and yang paling penting, tiap video yang dia buat tu, semua ada message & pengajaran yang tersendiri. idea dia memang brilliant. wait! dia memang sengal & disebabkan kesengalan dia la, video dia jadi meletup-letup bagaikan lava gunung berapi. kalau sebelum ni aku pernah upload 1 video matluthfi kat blog ni, jadi hari ni aku nak upload banyak! jadi pada siapa yang tak pernah kenal lagi siapa tu Matluthfi atau tak tengok lagi video dia yang boleh dikata agak baru, you guys should watch his videos! jadi, jom layan :)


1: album baru
gile betul matluthfi ni. peminat shinee & seangkatan dengan nya, haruslah tengok video ni :D


2. Bukan Semua Cantik Subjektif
orang sanggup buat apa saja untuk cantik?cantik luar?cantik dalam?


3. Serta Paksa
kesesatan yang hakiki? haha..


4. Typical Local Film/Drama Scenes
yang ni pengajaran video dia sangat bagus untuk kita semua :)


5. Mercun Bola Bukan Bola
yang ni untuk penonton perlawanan bola yang terlalu fanatik sampai tak dapat control diri?


6. Nama Pun Sampah
yang ni patut boleh jadi iklan commercial kat TV untuk galakkan rakyat Malaysia ni buang sampah dalam tong sampah.


so now, what say you? cool gile kan dia ni. maybe lepas ni dia boleh join maharaja lawak. so to Matluthfi, teruskan apa yang kau buat ni. sekurang-kurangnya kalau orang tengah sedih, dia mampu gelak bila tengok video kau. Malaysia terus menyokong kau walaupun kau kat oversea sekarang. kau balik Malaysia nanti, aku belanja roti canai (mati aku kalau dia tau and dia tuntut kat aku hehe :)


salam.

www.tips-fb.com

Thursday 9 June 2011

jom kita semua vote Radiusite dalam Digi Wwwow Awards!

assalamualaikum


aku rasa tak payah kenal kan lagi la Radiusite ni. mesti semua dah kenal especially perempuan. tapi kalau siapa yang tak kenal lagi, Radiusite ni ialah salah satu online shop yang famous kat malaysia ni. haa korang jangan tak tau :) kalau korang terjah web Radiusite ni, ada macam-macam jenis shawl & tudung yang serius lawa-lawa & exclusive korang boleh beli. baju kurung, kaftan & jubah yang cantik-cantik pun ada. konfem rambang mata punye. nak-nak kalau nak dekat raya. uish jangan harap la korang dapat beli kalau korang lambat je order. baru je update, masing-masing dah beratur dah nak order okay. so kalau korang nak dapatkan koleksi tudung & shawl yang cantik, boleh la lawat Radiusite :)

and korang semua mesti tau pasal Digi Wwwow Awards kan. kalau korang tengok tv, Lisa Surihani & adik comel Mia Sara kita tu pun ada iklan commercial diorang untuk suruh orang undi. Radiusite pun one of the nominees untuk kategori "Online Shop Of The Year". owner Radiusite ni nama dia aku panggil kak Ika je. dia sangat la baik orang nya. dala comel. kalau korang semua vote Radiusite, mesti dia terharu & berterima kasih sangat kat korang semua :) so apa lagi. jom kita semua vote Radiusite.


langkah-langkah untuk vote Radiusite:

1) klik kat link ni ye : Radiusite in Digi Wwwow Awards
2) scroll ke bawah & click "please login/register with facebook to vote" and click "allow access" for the first time
3) after that, scroll ke bawah lagi and key in "captcha code" and terus click green "vote" button.


haa vote hari-hari ye sebab undian dikira setiap hari :) senang kan? so apa tunggu lagi. jom kita sama-sama vote Radiusite untuk "Online Shop Of The Year" . owh ye sekarang Radiusite dah update shawl baru. serious lawa gila. ni antara nya. jom serbu cepat :)

Shawl Zaraa design daun yang sangat femes!
Shawl Adnii yang sangat cute! :)
(i have Adnii shawl too. kak ika bagi. huu thanks so much kakak *terharu T_T* )

so jom kita shopping kat Radiusite & vote Radiusite dalam Digi Wwwow Awards. mudah-mudahan rezeki kita semua dimurahkan lagi oleh Allah. insyaallah. thanks semua :)


salam.
www.tips-fb.com

Wednesday 8 June 2011

cuti sekolah adalah masa untuk kita bersuka ria

assalamualaikum.


walaupun aku bukan lagi budak sekolah, tapi aku paling suka bila aku cuti sama ngan budak-budak sekolah cuti. sebab aku boleh buli adik-adik aku. heeee. best la bila aku cuti, adik-adik aku pun cuti. jadi kitorang boleh main game sama-same. *ceit ini je sebab nye yg best?*

time budak sekolah cuti la aku dapat makan nasi minyak dengan banyak nya. suka perut aku dapat tambah lemak T_T yela waktu ni la semua orang pun nak kawen. kawan ni nak kawen, kawan tu nak kawen. so kesimpulan nya, makan free jela :) time cuti sekolah jugak aku dapat bawak adik aku jalan-jalan. bawak ronda dalam taman pun kira jalan-jalan la jugak kan? hehe. so adik-adik, cuti-cuti jugak. yang nak UPSR ke, PMR ke, SPM ke, jangan lupa stadi okay? jangan asyik nak main cityville, farmville, cafe world saja. owh ye statement main game tu merujuk pada aku sebenarnye. maklum la kuat main game. nak buat macam mane hehe.

tapi tula masalah nya. aku ada adik nak ambil UPSR tahun ni. tapi dia pun asyik main game je. stadi nye ciput. main game nye sampai tengah malam T_T mungkin jugak lepas ni aku kena sorok laptop dari diorang? so apa-apa pun, selamat cuti sekolah adik-adik. jaga diri baik-baik okay. jangan main mercun. nanti putus jari. ni pahal plak bagi nasihat macam nak sambut raya ni? dush! apa-apa pun, jaga diri baik-baik okay! sekarang ni macam-macam kes jadi. orang simbah asid la, ragut la, samun la, rompak la, culik la. so must take a good care of our self okay? good :)

so kawan-kawan, apa rancangan cuti sekolah korang? aku? :)

Photobucket
1)attend kenduri kahwin
rancangan first mesti la attend kenduri kahwin kawan-kawan. orang cakap attend kenduri kahwin ni umpama buat gathering jumpa kawan-kawan. ye la time ni la semua org berkumpul kan. kawan dari tadika yg kita dah lame tak jumpa pun boleh jumpa tau. so tak payah nak plan buat gathering ke hape. tunggu je kawan kahwin :)


Photobucket
2) belajar buat cupcake & macaroon
owh part ni paling best skali. dari dulu lagi aku memang teringin nak belajar buat. sebab aku ni gila cupcake sikit. nak2 skang ni macaroon plak tengah up. pantang nampak. mesti nak makan. so daripada aku beli, baik belajar buat sendiri kan? jimat duit :)


Photobucket
3. meet my girlfriends!
yes i already miss my girlfriends. so time cuti macam ni la, aku berpeluang nak jumpa kawan-kawan aku. kawan dari sekolah rendah sampai la umur aku cecah 21 tahun ni :) best gila dapat jumpa kawan-kawan. first thing kalau jumpa, mesti nak peluk ciom dulu. kalau tak buat mesti macam pelik je. neway, biasa la perempuan :)


Photobucket
4. date naik hot air balloon
okay yang ni bukan rancangan cuti aku ye. ni cuma impian yang belum pernah tercapai. <3<3<3



so apa rancangan cuti sekolah korang?
till then, salam :)

www.tips-fb.com