Sunday 25 November 2012

Twilight Screening by FCC (Farmasi Colour Cosmetics)

Assalamualaikum

Sejak bergelar wanita bekerjaya ni, update blog jarang, online pun macam gitu-gitu. Tapi walaupun macam tu, masih ada orang yang ingat kat diri yang kerdil and memboringkan ni. *touching* sok sek sok sek.

Minggu lepas masa tergerak hati nak online, tiba-tiba dapat 1 jemputan dari FCC (Farmasi Colour Cosmetic) untuk jadi blogger guest tayangan Twilight : Breaking Dawn Part II. Iolss ni tak famous jadi bila dapat invitation macam ni, rasa macam di awangan dan bermimpi la kan. Wait, sebelum tu korang tau tak apa tu Farmasi Colour Cosmetics (FCC) ? FCC ni adalah rangkaian kosmetik yang diimport dari Turki. Bukan saja make up stuffs, perfumes pun ada dan produk ni dah makin famous sekarang. Harga yang diorang tawarkan pun adalah sangat berpatutan which is memang mampu kita semua miliki la. Produk FCC ni korang boleh dapati contohnya kat Parkson dan Jusco.


Perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan make up. Yang paling best pasal FCC ni, ia halal dan boleh di bawa solat. Best kan? Jadi pasni korang dah takyah risau da. Sementara tunggu masuk waktu tu, p  la amik wudhu' , mekap-mekap and terus solat. Tapi jangan la mekap over sangat macam tepung gomak ye kawan-kawan. No good no good. Less is more gituuu ;D

Event ni berlangsung pada Jumaat lepas 23 Novermber 2012.Saya dapat 2 tiket ke Twilight screening ni. Jadi saya ajak one of my good friend iaitu Bella Swan :D Siapa yang suka Twilight series ni memang wajib tengok yang final ni. Saya ni memang peminat tegar Twilight dari dulu jadi saya rate Breaking Dawn Part II ni 9/10. Tak boleh bagi full nanti production Twilight riak takbur plak hahahaha (lawak la sangat)

Bukan saja dapat tiket free. Malah popcorn dan air juga dapat free. Kami juga dapat lip gloss free dari FCC. yeayy thanks FCC! *sambil tenyeh lipgloss baru* 

Inilah si jojes Bella Swan saya yang telah menjadi vampire baru-baru ni :D Kalau dia ni jadi vampire, suma orang pun sanggup kena gigit. Kenyang perut tak payah susah-susah nak cari mangsa haha.  Thanks sayang love you! <3 p="p">

Bella Swan ceria dengan Ara Lee si model jojes tinggi lampai and Ieka, antara orang kuat yang menjayakan event FCC ni. Thanks Ieka ! Ara and Ieka sangat friendly and cute :)

 Teruja habaq hang dengan popcorn free. Sampai habis movie pun tak makan lagi. Sebab perut dah overloaded makan nugget ngan french fries, jadi bawa balik je haha.

 Mentang-mentang tengok Twilight, baju pun nak merah je macam mata vampire. Nasib tak pakai lens merah. Over. Feeling ala-ala retis lalu red carpet pastu ada banyak papparazi tangkap gamba. Okay berangan. 

Masa kami sampai tu memang ramai gila la orang. Retis pun ada. Kitorang ingat event biasa rupa nya grand juga la. Congrats FCC team :) and thanks pada semua. Pada yang tak tengok lagi Twilight, silalah kunjungi pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda. Best kot! Tapi kalau korang rasa tak best, saya minta maaf la. Duit anda tidak akan dikembalikan. Peace. Salam.

www.tips-fb.com

17 comments:

boni kacak said...

adoiyai.. tiga2 comel lah..hehehehe.. saya ingat nanti nak pergi try tgk jugak lah filem tu

AzarNadhirah said...

owh pegi la tgk ending yang best. puas hati la.

AimiiiLove said...

alahh, tak minat lah twilight T.T btw, comell lah akak! :)

stay pretty!

AzarNadhirah said...

alaaa nape tak suke? edward kan hensem hehehehe

ahmadhiSyam said...

untung la. kne pegi tgk weekend ni, klo nk harapkan dpt invitation camni tahun depan pon blom tentu dpt...hehe

AzarNadhirah said...

rezeki Allah.p la tgk. tapi lelaki mcm tak bape suke sgt kot huhu

Anonymous said...

arxar, awk ada post kt satu group di fesbuk x tnjuk gambar awk msuk majalah dara.com?
sy rsa yg tu fake la..

Arman said...

Bukti gadis bertudung comel2..salam perkenalan adik2 comel. Semoga berjaya

Khairunnisa said...

assalam kak, boleh ajar tak cemana akak buat tudung? ^^

Khairunnisa said...

assalamualaikum akak.
boleh tak kalau akak ajar saya cemana nak pakai shawl macam akak itu? ^^

Unknown said...

cantiknya
http://nurulnamasaya.blogspot.com/

eyriqazz said...

huhuhuh..tak sempat lagi tgk twilight ni...

Anonymous said...

Cantik..singgah sini..jemput singgah my blog..;)
http://aslvieadam.blogspot.com/

wAnIe said...

hye arxar..bestnya dpt g event tu..makeup by farmasi cosmetic mmg best!;)

Cik Yana said...

Da bertukar jadi vampire belum? Hehe~ cik Yana tengok twilight mula2 ingat sume mati, padahal tu sume bayangan si Alice. Pandai dorang monopoli fikiran penonton :P

HELLO KITTY Cik Yana
VS
HELLO KITTY encik Samsung

Unknown said...

nice film habaq hang..hehe..org utagha ke neh dear? btw u'ollzz sgt chantek ok :)

Cik Salju said...

hi semua..
i terjumpa satu blog yang baru usianya 3 hari..
tapi komen dalam tu wow!!!
trafik dia pun i rasa membanggakan bagi blog yang baru di buka 3 hari...
elok u all pergi tengok : http://astanakandis.blogspot.com/

i buat blog sendiri kenapa tak jadi macam tu ye?
dah macam2 i buat untuk blog i..
maybe i tak ada bakat dalam penulisan..