Thursday, 16 May 2013

Selamat Hari Guru Cikgu !

Assalamualaikum


Bila ingat balik masa tadika dulu, I bukanlah budak yang cerdik sangat. Yela awok tadika kemas je baju kotak-kotak warna merah. Cikgu ajar ABC pun perah otak nak ingat. Padan muka duduk rumah main game mario je. Punya nak bagi anak murid hafal ABC, cikgu pun ajarlah 'A ayam B bola C cacing' pastu budak-budak dengan semangatnya ikut. Omo comelnya cikgu. Nasib baik time tu takde gwiyomi.

Bila dah pandai ABC, cikgu ajar mengeja pulak. Ha amik lagi la tension masa tu. Dah hafal ABC nak kena mengeja pulak. I ingat lagi dulu cikgu suruh eja 'rambutan' tapi ntah apa la yang aku eja hahaha. Korang nampak tak macam mana sabarnya jadi cikgu tadika ni. Kau ingat senang? Tu belum kira budak yang bebal nakal kemain nak kena jaga. Mau darah tinggi jadinya.

What's you first ABC chart? Okay ni Abc style mat salleh.

I ingat lagi rupa cikgu tadika saya. Sebab dia la I pandai ABC pandai mengeja pandai eja rambutan pandai buat karangan pandai tulis blog. Eh? Pastu masa sekolah rendah kan ada sambutan hari guru. Masa tu mula lah fikir nak beli mug yang jual kat sekolah sebab nak bagi hadiah kat guru kelas. Dulu masa kecik otak tak berkembang sangat tau bagi hadiah kat guru kelas je hahaha. Masa sekolah menengah dah matured sikit dah tak fikir nak beli mug yeay. Tapi bila dah start belajar biologi
kimia fizik addmath semua, pengsan!

Selain cikgu-cikgu yang kita kenal kat sekolah, ibu bapa kita adalah cikgu yang paling awesome sebab dari kita lahir sampai la ke besar panjang ni, diorang gigih mengajar kita cara untuk hidup kat bumi Allah ni. So sempena Hari Guru ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru buat semua cikgu/lecturer yang pernah dan tak serik mengajar & mencurahkan ilmu. Saya sentiasa doakan cikgu semua diberi kesihatan yang baik dan diberkati usia. Cikgu semua memang awesome :)

Buat cikgu-cikgu ;

  • Tadika Kemas Kem Sg Besi 
  • Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sg Besi
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn Cheras 
  • Sekolah Kebangsaan Seri Kelana Seremban
  • Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah Seremban
  • Maktab Rendah Sains Mara Terendak Melaka
  • Kolej Mara Kulim 
  • Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak


Selamat Hari Guru cikgu ! 


www.tips-fb.com

Saturday, 11 May 2013

Sudah 23 tahun pada 2013

Assalamualaikum

23 April lepas genap umur den 23. Tarikh cantik umur pun haruslah cantik. Dah masuk bulan 5 baru kau nak duk gebang cerita pasal birthday kau kan aza foine foine. Untuk pengetahuan korang, blog ni memang lambat sikit. Kalau cerita kat Astro tu dah tayang 6 kali, I baru nak cerita.

Seminggu sebelum birthday, mesti kepala korang semua dah sibuk fikir siapa orang first wish birthday, dapat hadiah apa berapa banyak. Ye I pun sama je sama. Nama pun manusia kan memang suka hadiah-hadiah ni. Benda free siapa tak suka kan?

 Bersama kawan-kawan yang baik hati . Si bella ni nak sangat makan makanan korea masa ni. Habis pusing 1 KLCC cari. Give up cari last last makan kat food court je sonang. Sha yang baik hati buat surprise beli kek untuk weolss. Bella yang baik hati bagi hadiah brooch bunga ngan tudung. Balik terus try fefeeling princess. Motip sangat.

Terasa macam kecik lagi bila family bawa keluar makan sebab nak celebrate birthday kau yang dah tua ni. Siap dapat hadiah anyonyonyo. Disebabkan anak sorang ni suka lace english flower comel-comel bagai, maka ibu siap hias kotak tu dengan lace ribbon ngan bunga. Tehee ibu sangat comel. Thanks ibu thanks ayah. Terharu *kesat air mata*

Jangan tanya kenapa den nampak lagi tua dari dak akak. Tacing iolss okay. Masa dak akak (merujuk pada Fatin Liyana) cuti aritu, dia banyak berjalan g Hong Kong, Pulau Perhentian, Penang. Apa yang comelnya pasal dak akak ni, tiap kali dia g memana tak pernah lupa beli souvenir. Omeynya dak akak maceh kak :) Kek adalah hadiah dari shaliny (kawan baik farmasi) . Thanks shaliny :)

Ada orang bawa makan. Salah satu cara untuk celebrate birthday and bagi hati happy adalah dengan makan! Pastu sedih sebab berat naik melampau lampau. Pastu tacing taknak keluar rumah hahaha.

Dan dapat ini ! :)

Umur dah makin meningkat jadi makin banyak tanggungjawab nak dipikul. Overnye cakap macam lah dah kahwin beranak pinak. Orang yang dah beranak 4 pun steady je kau nak over lak kan. Alhamdulillah syukur sangat sebab dikurniakan dan ditemukan dengan mereka yang baik. Thanks pada kengkawan lain yang bagi hadiah and pada mereka yang rajin memenuhkan traffic facebook untuk wish birthday iols. I ni bukan sorang yang aktif kat facebook. Jadi facebook I adalah sangat membosankan. So bila tiba notification tu sampai beratus-ratus sebab orang wish birthday, hati dah melonjak kegembiraan seperti di hari raya sangat dah. Thanks semua Alhamdulillah :)



www.tips-fb.com