Sunday, 21 February 2010

tips lagi: petua gadis mengekalkan keayuan. baca baca.

hai apa khabar sume? sihat tak? hopefully sume sihat la ye. yang tak sihat tu, makan la ubat. atau pun nak saya sediakan ubat? huhu..saya ade terbaca 1 petua ni. dan terpanggil la untuk kongsi bersama semua since saya pun tak la ayu mana kan. mudah-mudahan kita sumua jadi gadis ayu la macam dalam nur dalam cita nur kasih tu. jadi jum la kita baca :)

1. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

2. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7. Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11. Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.


www.tips-fb.com

Friday, 19 February 2010

segmen petua: bedak sejuk

ni petua pertama yang bakal saya kongsikan bersama anda semua. jadi girls, take a look.

korang semua mesti tahu apa tu bedak sejuk kan? ala kalau korang pegi kedai, ada bedak sejuk cina dalam kotak kecil tu. tu la salah 1 contoh bedak sejuk. sebelum wujud produk-produk kecantikan yang ada sekarang ni, orang guna bedak sejuk je untuk kekalkan kecantikan diorang. sekarang ni, ada macam-macam produk bedak sejuk. korang pegi je pharmacy. melambak-lambak. ada yang dicampur ngan susu kambing dll.

kenapa bedak sejuk?
bedak sejuk ni sesuai untuk semua jenis kulit. tak kira la kulit korang jenis berminyak ke, jerawat ke, kering ke. jadi, korang tepek and sapu je kat kulit. senang kan?

kat sini saya sertakan kebaikan bedak sejuk ni
1. melicinkan kulit muka
2. memberi kesegaran pada kulit
3. mengurangkan kadar pengeluaran sebum/minyak pada kulit

4. menanggalkan sel kulit mati
5. bantu sejukkan kulit

6. membersih & menegangkan wajah


banyak kan kebaikan dia. bila kadar pengeluaran minyak dikurangkan, jadi potensi tuk jerawat tu keluar kurang la! :) jadi, selamat amalkan
www.tips-fb.com

Thursday, 18 February 2010

revolusi & teknologi dunia yang makin wow!

1. Saya still ingat masa saya form 4, itulah first time saya sign up and ada Friendster. zaman tu, semua orang bercakap pasal friendster.
"eyh kau ada Friendster tak? add aku add aku!"

untuk menghilangkan kegelisahan peminat-peminat saya, maka saya pun buat la account Friendster. cuba tengok sekarang, mana ada dah orang nak guna Friendster. cikai katanya. sekarang ni, budak baru lahir pun dah ada Facebook. semua benda pun Facebook sekarang. Hebat.

2. Cuba korang tanya orang2 yang lahir seangkatan dengan saya, mesti n pasti diorang tahu & pernah main game MARIO . maklum la zaman tu kami takde PS2. PSP pun takde. apatah lagi PSP3, XBOX dan wii. sekarang ni, kesemua PSP, PS2 & xbox tu adik saya dah ada. sampaikan saya kena masuk bilik kalau nak tengok TV. canggih kan dunia sekarang?

3. Dulu kan masa saya sekolah rendah, saya punya beg sekolah mesti dari jenama SWAN. korang pun mesti tahu kan beg swan?hehe. waktu tu tak pern
ah kisah pun beg jenama apa ayah saya beli. asalkan cantik, saya mesti suka. siap bangga lagi ke sekolah sebab ada beg baru. busuknya saya. sekarang ni, cube tengok, ada lagi ke orang nak pakai beg swan tu? tak ada kot. budak sekarang dah pandai memilih. nak yang brand2. urbannya budak sekarang.

4. First time saya ada handphone masa tu saya form 1. walaupun kat asrama tak boleh bawak henpon, saya bawak jugak. rindu keluarga kononnya. alasan. waktu tu pun saya cuma guna handphone nokia 3310 yang campak kat dinding pun boleh guna lagi. tu pun waktu tu, handphone 3310 tu mahal tahu! sekarang ni, cuba kita tengok. budak tadika pun dah ada handphone. buka
n takat tu aja, diorang tak pandang da 3310 tu. handphone mengalahkan orang dewasa. pakai iphone, blackberry, n series. maju kan zaman skarang?

5. Dulu kan saya tengok siaran TV1, Tv2 dengan TV3 aja. lepas tu baru ada NTV7. tapi saya demand jugak la. saya tak tengok sangat TV1 & TV2. sebab cerita2 dia ntah apa2 sikit. kalau takde cerita best dekat TV3, tukar NTV7 plak. kalau takde jugak, saya tidur hehe. zaman sekarang ni, kita ada Astro. macam-macam chanel ada kat astro. kalau bosan Box Office, kalau bosan lagi tengok Star Movie. kalau bosan lagi, tengok la AXN, Hallmark, Ria, Ceria, Discovery Channel bla bla bla. cool la sekarang. macam-macam ada.


6. Kalau nak tengok movie, mesti ken
a beli tape. maklum la VCD tak famous lagi.ala tape yang besar tu. budak-budak zaman sekarang ada yang tak tahu pun apa benda nya tu. contohnya adik2 saya hehe. dala mahal 1 tape tu. saya ingat lagi lepas ibu balik kerja, dia bawa balik tape disney cinderella la, snow white la. sleeping beauty la. saya suka sangat! tengok sampai tak ingat nak makan. bagus tu bawak kalau sapa2 nak pegi jogging. agak-agak ada je anjing nak kejar, baling ke kat kepala die. confirm dia terus insaf ^_~

7. waktu sekolah rendah dulu, susah sangat nak dpt peluang guna komputer kat sekolah. banyak betul prosedur dia. jadi senang cerita, memang saya tak pernah guna komputer pun. sekarang ni, budak-budak belajar kat sekolah pun guna komputer. dah macam waktu saya sekolah menengah masa subject Computer Science plak kan hehe.


8. Dulu, saya jarang dengar pasal robot-robot yang menyerupai manusia ni. sekarang, robot pun berlakon dalam pementasan teater. kat Jepun tak silap saya. hebat kan? robot bleh gantukan maid la.ada yang boleh main violin la. macam2. brilliant betul la otak manusia sekarang.



kesimpulannya, dunia sekarang ni makin maju. jadi kita pun kena lah maju kan? :)
www.tips-fb.com