Thursday, 18 February 2010

revolusi & teknologi dunia yang makin wow!

1. Saya still ingat masa saya form 4, itulah first time saya sign up and ada Friendster. zaman tu, semua orang bercakap pasal friendster.
"eyh kau ada Friendster tak? add aku add aku!"

untuk menghilangkan kegelisahan peminat-peminat saya, maka saya pun buat la account Friendster. cuba tengok sekarang, mana ada dah orang nak guna Friendster. cikai katanya. sekarang ni, budak baru lahir pun dah ada Facebook. semua benda pun Facebook sekarang. Hebat.

2. Cuba korang tanya orang2 yang lahir seangkatan dengan saya, mesti n pasti diorang tahu & pernah main game MARIO . maklum la zaman tu kami takde PS2. PSP pun takde. apatah lagi PSP3, XBOX dan wii. sekarang ni, kesemua PSP, PS2 & xbox tu adik saya dah ada. sampaikan saya kena masuk bilik kalau nak tengok TV. canggih kan dunia sekarang?

3. Dulu kan masa saya sekolah rendah, saya punya beg sekolah mesti dari jenama SWAN. korang pun mesti tahu kan beg swan?hehe. waktu tu tak pern
ah kisah pun beg jenama apa ayah saya beli. asalkan cantik, saya mesti suka. siap bangga lagi ke sekolah sebab ada beg baru. busuknya saya. sekarang ni, cube tengok, ada lagi ke orang nak pakai beg swan tu? tak ada kot. budak sekarang dah pandai memilih. nak yang brand2. urbannya budak sekarang.

4. First time saya ada handphone masa tu saya form 1. walaupun kat asrama tak boleh bawak henpon, saya bawak jugak. rindu keluarga kononnya. alasan. waktu tu pun saya cuma guna handphone nokia 3310 yang campak kat dinding pun boleh guna lagi. tu pun waktu tu, handphone 3310 tu mahal tahu! sekarang ni, cuba kita tengok. budak tadika pun dah ada handphone. buka
n takat tu aja, diorang tak pandang da 3310 tu. handphone mengalahkan orang dewasa. pakai iphone, blackberry, n series. maju kan zaman skarang?

5. Dulu kan saya tengok siaran TV1, Tv2 dengan TV3 aja. lepas tu baru ada NTV7. tapi saya demand jugak la. saya tak tengok sangat TV1 & TV2. sebab cerita2 dia ntah apa2 sikit. kalau takde cerita best dekat TV3, tukar NTV7 plak. kalau takde jugak, saya tidur hehe. zaman sekarang ni, kita ada Astro. macam-macam chanel ada kat astro. kalau bosan Box Office, kalau bosan lagi tengok Star Movie. kalau bosan lagi, tengok la AXN, Hallmark, Ria, Ceria, Discovery Channel bla bla bla. cool la sekarang. macam-macam ada.


6. Kalau nak tengok movie, mesti ken
a beli tape. maklum la VCD tak famous lagi.ala tape yang besar tu. budak-budak zaman sekarang ada yang tak tahu pun apa benda nya tu. contohnya adik2 saya hehe. dala mahal 1 tape tu. saya ingat lagi lepas ibu balik kerja, dia bawa balik tape disney cinderella la, snow white la. sleeping beauty la. saya suka sangat! tengok sampai tak ingat nak makan. bagus tu bawak kalau sapa2 nak pegi jogging. agak-agak ada je anjing nak kejar, baling ke kat kepala die. confirm dia terus insaf ^_~

7. waktu sekolah rendah dulu, susah sangat nak dpt peluang guna komputer kat sekolah. banyak betul prosedur dia. jadi senang cerita, memang saya tak pernah guna komputer pun. sekarang ni, budak-budak belajar kat sekolah pun guna komputer. dah macam waktu saya sekolah menengah masa subject Computer Science plak kan hehe.


8. Dulu, saya jarang dengar pasal robot-robot yang menyerupai manusia ni. sekarang, robot pun berlakon dalam pementasan teater. kat Jepun tak silap saya. hebat kan? robot bleh gantukan maid la.ada yang boleh main violin la. macam2. brilliant betul la otak manusia sekarang.



kesimpulannya, dunia sekarang ni makin maju. jadi kita pun kena lah maju kan? :)
www.tips-fb.com

4 comments:

-SHADOW- said...

ei2.
aq gne lg k 3310.

dgn bgga nye aq state kn kt cni yg mostly aq gne brg FREE.
even handphone2 aq!
=P

arxar said...

ok admit that..
ko mmg suke gune brg2 free nie huhu

-SHADOW- said...

of kos!
cm xkenal lak classmate ko sorg ni kn.
tp kedekut aq xley lwn rhmh r.
xtaw r kalo die skrg ni lbey generous kt sabah nun.
=)

arxar said...

hahaha..
sengal ko..
tersedak die kat sabah sane hehe