Monday, 13 December 2010

Fashion Talk: hey it's all about high heels girls!

assalamualaikum. salam sejahtera :)

pagi ni aku terpanggil untuk bukak TV3 & tengok wanita hari ini. selalunya aku tengok cartoon. hehehe. wanita hari ini ni 1 siaran yang bagus untuk kite tengok tau sebab diorang sentiasa ada paparan yang menarik untuk kita tahu. bukan setakat perempuan, lelaki pun patut tengok. yela nanti kau nak kawen ngan pempuan kan. takkan ngan laki plak. hehe. jadi kena la tau serba serbi tentang dunia perempuan ni :)

okay hari ni WHI buat paparan pasal Kasut Tinggi: Seksi ke Seksa?"
memang terbaik la tajuk perbincangan diorang arini kan. memang kena sangat la ngan batang hidung aku yang tak berapa nak mancung ni T_T untuk pengetahuan korang, aku TERAMAT la sukakan high heels. lagi tinggi lagi aku suka. lagi complicated design dia lagi aku suka haha. sampaikan aku cuma ada 1 je flat shoe. tu pun sekali je aku penah pakai. sedihnya menjadi kau flat shoe. haa skang baru kau tau betapa tinggi nye passion aku terhadap high heels ni. i'll go crazy macam orang gila bile aku masuk kedai kasut and nampak high heels cun-cun tau. sebab tu kalau aku takde fulus, aku takkan beranikan diri masuk kedai kasut. nanti aku kecewa. sedih~

tapi ada jugak orang yang prefer pakai flat shoe rather than high heels. tak sakit kaki katanya. tu semua pendapat & minat masing2. tp hari ni aku nak cerita sikit la pasal high heels ni. setelah tgk WHI & buat research sikit pagi ni, heels ni boleh dibahagikan kepada 3

1) low heels : tumit kurang daripada 2.5 inches (6cm)
2) middle heels : tumit yang mempunyai tinggi 2.5 hingga 3.5 inches (6cm - 8.5cm)
3) high heels : ukuran yang melebihi 3.5 inches

heels jugak ada banyak jenis. contohnya macam ni
chunky
perghh haa tengok2. memang style la kasut ni. kalau aku jumpe memang aku beli terus tanpa pikir panjang lagi. ala ala kasut askar pun ada. memang cun! :D chunky heel ni diameter tumit die lebih besar & kurang pressure kat kaki. jadi kuranglah rasa sakit.


kitten
lawa gile la kaler kasut ni. aku da terbayang2 da kalau ade kasut camni lam almari kasut aku. camne ni camne ni? T_T kitten heel ni die pendek, slender heel. banyak dipakai oleh orang yang tinggi yang ingin nampak sexy tanpa tumit yang tinggi.


stiletto
tumit jenis ni memang paling dicari kalau nak g kemana mana function mcm dinner, party & dll. bila pakai memang nampak elegant & seksi. tp kalau ada orang nak buat jahat ngan korang, baling je konfem tercacak kat kepala die :D



wedge
tumit jenis ni memang ramai orang suka sbb kaki pun tak sakit kalau pakai. memang jadi pilihan bagi orang yang nak nampak lagi tinggi. pada masa yang sama rasa selesa :)


okay skang aku bagi sikit tips untuk korang kalau nak beli high heels to make sure you end up with a perfect pair for you. check it out :)

pastikan korang tau saiz kaki korang
bunyi macam kelaka kan. tapi ni la hakikatnya. ramai orang sebenarnya tak tau berapa saiz kaki diorang sebenarnya. dan kalau korang nak tau, kaki kite boleh mempunyai 2 saiz yang berbeza! solution nya, certain shoe department ada tools untuk measure kaki kita. jadi lebih baik kita dapatkan ukuran kaki kita yang betul supaya kasut yang bakal kita beli tu bukan saja selesa, tp baik untuk kesihatan kita :)

beli high heels pada waktu petang
percaya atau tak, saiz kaki kita boleh berubah throughout the day & the swell a little bit at the end of the day. aku pasti ramai yang da tau pasal ni. jadi ni adalah fakta & bukannya mitos. tips ni bukan saja boleh kita praktikkan untuk beli high heels, tapi untuk semua jenis kasut.

sesuaikan high heels yang bakal dibeli dengan berat badan kita
bunyi macam perkara remeh kan. tapi ni lah hakikatnya. orang yg ade saiz badan yang besar digalakkan beli kasut yang mempunyai tumit yang tak terlalu tinggi sebab pressure yang diberi oleh badan kita boleh menyebabkan kaki kita cepat rasa sakit. pilihan terbaik adalah wedges :)

jangan beli high heels disebabkan harga atau jenama. tapi keselesaan.
sangat penting kita tau apa material sesuatu kasut tu. leather (kulit) adalah material yg paling sesuai untuk high heel. tapi kalau korang sayangkan binatang & tak mau menyumbang pada kekejaman, ada banyak option lain. elakkan beli high heel dari material synthetic fiber macam nylon atau plastic sebab jenis material ni boleh buat kaki kite cepat melecet & berdarah serta tak tahan lama.


kalau kita tengok, ramai perempuan suka pakai high heels sebab high heel boleh buat seseorang perempuan tu nampak lebih confident dan cantik. tapi pemakaian high heel dalam jangka masa yang panjang boleh menyebabkan komplikasi seperti :

- sakit kaki terutama di bahagian tumit & tapak kaki
- boleh increase fracture
- possibility mendapat arthritis tinggi
- boleh jejaskan organ dalam
- boleh sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang & bahu jadi sakit

kemain panjang lebar aku cite pasal high heels ni kan. jadi harap ape yg aku cite ni boleh jadi panduan kat korang sume masa nak beli high heels okay. kita boleh pakai high heels tapi jangan pakai 1 hari direct. nanti jadi seksa. bukan seksi da kalau jalan pun senget2 nanti.


love,
arxar nadhirah
www.tips-fb.com

25 comments:

cik manis said...

manis pum gile heels sbb nak bagi dr tggi 150 jdi 160++ :p . tpi skrg dh pncen dh. sakit kaki. skrg prefer flat, klau nk tggi skit pun pakai wedges.hehe

tenx 4 sharing arxar ;))

WunnyNiwaa said...

nice info. thanks ! :)

AzarNadhirah said...

tula pakai lame2 memang sakit kaki tau. pna skali aza pakai high heels for the whole day mase klua date ngn hubby. then rase sakit gile kaki! hehe

AzarNadhirah said...

wunnyniwaa: welcome dear. renung2 kan & selamat beramal :)

Anonymous said...

yeayyy i pun tgk whi tadi. hehe :P
kadang2 high heels ni seksa jgk. it depends on type dia kan. hee

AzarNadhirah said...

yeay ade geng! hehehe..
betol2 mmg high heels ni kdg2 seksa. kalau da sakit kaki, mmg terasa asgt kan huhu

miss eyza.t said...

sy sgt2 suka ok..!! klu kat maktab sme risau kat saya.. cbb jth jatuh turun tangga

AzarNadhirah said...

hehe. ati2 jalan kalau pkai high heels tu syg :)

miss eyza.t said...

tp x pnh lagi jth... tringin cgt nak heels hijau yang model tuh pkai td.. adew bunga depan.. cantek cgt

Teacher Hafizah said...

good info sis :)

AzarNadhirah said...

owh bagus2.. hehe. heels ijau yang ane tu ea yang?

AzarNadhirah said...

eizy: thanks sweety for reading :)

miss eyza.t said...

ada yang hijau2 biru.. adew model tuh pakai

Wanybunny said...

camane nk make sure kasut yg kite beli tak buat kaki melecet?
sbb wktu try mcm ok je slesa tp bila dh beli n pakai pastu jalan, aduhh sakit woo.

Wonder Woman said...

"bukan setakat perempuan, lelaki pun patut tengok. yela nanti kau nak kawen ngan pempuan kan. takkan ngan laki plak. hehe."

ok statement ni lawak. haha :D


anyway yep mmg syok pkai heels sbb rasa cun je ble jln ngn heels. bg illusion kaki nmpak pjg. tp tula, bile kua dating sehari pkai heels mmg ke laut la tumit. XD

pkai glady heels pun selesa, sbb since die byk tali so die grip keseluruhan kaki, so sng skit nak gerak sana sini :)

btw, good entry aza! :)

SUHAIDA said...

hai..mizz sue datang..eee..cantik la arxar ni..

berminat tak nak buat header

AzarNadhirah said...

wannybunny: tula selalu kalau kite g beli kasut, mmg camtu kan. mase try tu, okay je. tp bile da bwk blk and pakai g sane sini, mule la rase sakit kan. tp mase nak beli kasut tu, kite kene tau ape material ksut tu. selalunye kalau dr plastic mmg akak buat kaki kite sakit.

AzarNadhirah said...

ika elmo: hahaha. betol2. biloe da lebih 4-6 jam pakai, mule la rase mcm nak cabut je kasut tu kan. hehehe

AzarNadhirah said...

mizz sue: minat sweety :)

Marya Hana said...

hai 1st time jejak sini.. =)

bile lah boleh pakai heels, memandangkan i tggi dan kuros, prefer pakai flat shoe..

Maizatul Akma said...

my first time visit here;

heels are nice kan but for particular occasion je lah kot for me. wedges takpe ngeee~

sarah mohamad said...

suka pakai wedges . memang feveret ah ! teehee . nice info :D

sarah mohamad said...

suka pakai wedges . memang feveret ah ! teehee . nice info :D

AzarNadhirah said...

thanks a lot people for your feedback. mwah! <3

Syikin Maarop said...

Info yang sangat berguna. Saya lebih selesa memakai kasut yang tapaknya rendah saja. Kalau saya pakai high heel rasa sakit pinggang. :)

Syikin Maarop
www.syikinmaarop.blogspot.com