Saturday, 10 March 2012

Jangan Bersedih

Assalamualaikum

Ada masa dalam hidup kita ni kita rasa cukup sedih & down disebabkan perbuatan orang lain yang seterusnya memberi impak besar dalam hidup kita. Contoh yang paling dekat kita boleh ambil seperti love issue, trust issue dan friendship issue. Tiada orang kat dunia ni yang suka ditinggalkan, dianiaya, ditindas, di tikam belakang dan sebagainya.

Namun, kita kena ingat yang hidup ni tak tumpah seperti roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika seseorang tu dah menyakitkan hati kita terutama orang yang kita percaya, orang yang kita sayang, tak mustahil satu hari nanti orang tu pula akan merasai perasaan yang sama seperti apa yang kita rasa akibat perbuatan dia sendiri. Allah itu maha adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jadi, kita kena sentiasa positif dalam hidup. Walau sebesar mana pun dugaan yang kita harungi, kita kena sentiasa ingat yang Allah sentiasa bersama hamba-hambanya walaupun hambanya kadang kala terlupa kepada-Nya



La takhaf wala tahzan, innallaha ma'ana
'Jangan kamu takut dan janganlah kamu bersedih
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita"
www.tips-fb.com

Thursday, 8 March 2012

Happy International Women's Day 2012

assalamualaikum

Connecting Girls, Inspiring Future

Blog ni macam busuk sangat je sebab since last year tak update. Sedih dengan diri sendiri bajet amik kos medic sampai blog sendiri tak update-update since last year. InsyaAllah lepas ni akan rajin update (harapan lah kan)

By the way, I'm writing here today sebab nak wish Happy Women's Day to all ladies in this world. Kebiasaannya orang akan mulakan entry tahun baru dengan entry berunsurkan azam tahun baru, bercerita tentang what 2011 had give you. Tapi berbeza dengan I. I mulakan tahun baru dengan entry hari wanita sedunia which is on March ye kawan-kawan march T_T

Okay back to our topic. 8 Mac setiap tahun telah diiystiharkan sebagai Hari Wanita Sedunia. Bercakap tentang Hari Wanita Sedunia ni, apa kata kita luangkan sedikit masa untuk baca info-info yang terdapat kat dalam web International Women's Day . Ada banyak info-info berguna yang boleh kita dapat kat dalam web ni.

Photobucket

Terdapat banyak info menarik yang kita boleh dapat dari website ni. Contohnya, bagaimana boleh terbentuknya Hari Wanita Sedunia. Di website ni juga kita boleh tengok apa event yang telah dirangka oleh semua negara di dunia sempena Hari Wanita Sedunia. Malaysia pun ada. Jadi apa kata kita get involve dengan aktiviti yang di jalankan. Yela untuk kita juga kan heee. Paling menarik, kita boleh tengok banyak hasil karya lukisan & penulisan oleh wanita-wanita kat dunia ni. Serius menarik. Jom terjah sini .


Photobucket

Ada banyak isu yang boleh kita tengok melibatkan wanita kat dunia ni terutama dari segi pembangunan & kesihatan. Kita ni sebagai perempuan, kena jaga kesihatan diri kita. Buatlah medical check up terutama bagi mencegah penyakit-penyakit seperti kanser payudara & pangkal rahim. okay? by the way, thanks pada yang dah senaraikan Azar Nadhirah dalam 19 blogger cantik malaysia. *malu kthxbye*


till then, salam.
www.tips-fb.com