Monday, 2 November 2015

Travelogue : Lisbon Portugal ( Part I )

Assalamualaikum


Konon nya lepas balik dari travel tu, I nak berblog terus pasal trip Portugal ni. Yela baru balik kan jadi mesti lah semua benda masih segar dalam ingatan. Tapi I hanya insan biasa yang kalah dengan rasa malas yang melampaui batas dan norma kehidupan. Jadi sebab dah berapa bulan berlalu, ada benda I dah lupa. Tak pasal-pasal kena buka buku nota balik, so padan muka sendiri :D

I dan suami bergerak ke Lisbon Portugal pada 19 April 2015 menggunakan khidmat Emirates Airline. Masa ni harga tiket dalam RM3300 seorang. Tapi kitorang balik ke Malaysia dari London. So murah sikit dari balik from Lisbon. Bila bercakap pasal Emirates, dah tentu kitorang akan transit di Dubai buat beberapa jam sebelum sambung perjalanan ke Lisbon. Perjalanan dari KLIA ke Lisbon Portugal mengambil masa dalam 18 jam. Dala masa tu I pregnant 6 bulan setengah. Memang cramp segala otot, urat dan sendi.


 Departure gate buka pukul 12 malam. Memang la I rasa 'segar' sangat menunggu haha. Masa ni pula ada match Arsenal. Suami layan bola sementara isteri layan ngantuk :D


Makanan-makanan Emirates ni boleh tahan sedap. Tapi I selalu tak bernasib baik dalam memilih menu ni. Husband I punya makanan selalu lagi sedap dari I punya. Jadi untuk mengelakkan diri berasa sedih, I pau makanan suami aku hahaha. Pada sesiapa yang naik flight Emirates, bila flight attendant tu tanya nak air apa, sila lah pilih mango juice sebab mango juice dia terbaik di dunia. Sampai I cakap kat husband nak cari mango juice tu. Cari kat airport sampai google bagai, tak jumpa. I is sedih T__T (mungkin baby dalam perut yang suka sangat kot. Salahkan anak pula haha)


Beberapa hari sebelum ke Lisbon, kitorang cuma tukar duit Euro dengan Pound je. Tak teringat yang kitorang akan transit ke Dubai. Bila dah kat Dubai tu, husband tanya nak tukar duit tak. I kata tak payah la sebab 2 jam je kat Dubai ni. Jadi I pun melanguk la tengok orang beli air la, shopping perfume la, borong coklat la.


Lagi sejam lebih nak sampai Lisbon, I dah tak larat nak tengok movie yang ada dalam playlist. Dalam otak ni asyik countdown bila nak sampai sebab pinggang da sakit. Countdown punya countdown sampai tertidur terus T_T 


Sesampai je kat airport Lisbon, kitorang cari teksi untuk ke hotel. Orang-orang Portugal ni tak reti cakap english sangat. Masa cakap ngan driver teksi tu, kitorang dah macam ayam ngan itik bercakap. I cakap english, dia balas cakap bahasa dia. So memasing buat-buat paham jela :D 


Okay lah sambung cerita kat entry seterusnya. Mother nak tidurkan anak. Bye ! Thanks for reading.





www.tips-fb.com

1 comment:

Jepun Mari said...

mcm ayam & itik la, buat2 paham je..
bestnya dpt pergi Portugal..