Tuesday, 3 November 2015

Travelogue : Lisbon Portugal ( Part II )

Assalamualaikum. 



Ok sambung balik. Pada sesiapa yang tertinggal cerita Part I, boleh la klik dan baca kat SINI. Lisbon adalah ibu negara Portugal. Antara bulan Mac hingga Mei dan September hingga Oktober boleh dikatakan bulan yang terbaik untuk melawat Lisbon. Kitorang pergi bulan April, jadi memang cuaca yang best untuk jalan-jalan. Masa tu suhu siang dalam average 18 - 20 degree celcius. Malam pulak dalam area 11 - 12 degree celcius. Kalau jenis yang tak tahan sejuk tu, memang disarankan pakai baju yang tebal sikit la macam leather jacket ke, cardigan bulu-bulu ke. Rate Euro masa ni 1 Euro bersamaan dengan RM4.



"Susah ke nak jalan-jalan area Lisbon ni?"



Tak susah la. Selagi tempat tinggal korang tu dekat dengan metro station, you are free to go anywhere ! Eh, tak free ea. Kena beli la tiket dulu :D Hotel kitorang duduk tu terletak dekat dengan Entre Campos Metro station. Metro ni kalau kat KL kira LRT la. Center of attraction Lisbon ni kat station macam Rossio ngan Baixa-Chiado. Keluar-keluar je station, korang dah boleh nampak ramai orang jenjalan macam korang jugak. Ada yang lepak-lepak minum coffee ngan tart telur, ada yang shopping dan ada yang makan angin. Just name it. It's your choice !




Sebagai seorang pelancong, korang perlu dapatkan tiket viva viagem ni bagi memudahkan perjalanan. Tiket ni korang boleh dapatkan kat mana-mana mesin tiket kat metro station. Memula korang kena beli dulu tiket ni dengan harga 0,50. Dalam RM2 la. Lepas tu korang decide nak top up kad tu dengan single journey atau 1 day ticket. Kalau single journey harga dia 1,40. Manakala 1 day ticket berharga 6. Yang bagus nya kat sini, korang g mana-mana station pun, contoh dari station pertama sampai station terakhir sekali pun,  harga dia tetap 1,40 untuk 1 perjalanan. Tapi aku sarankan pilih lah 1 day ticket sebab korang mesti nak jenjalan macam-macam tempat kan. Lagi berbaloi. Lagi pun tiket ni korang boleh guna untuk naik bas jugak. Jadi lagi berbaloi-baloi macam shopping kat Goshop. "Ada tv, boleh beli !" hahaha. 


Kad viva viagem ni valid setahun dari tarikh korang purchase. Jadi, jangan rosak atau hilangkan tiket anda. Esok nak jenjalan lagi, tak payah beli baru. Top up je balik nak single journey ke 1 day ticket ke. Dah jimat 0,50. Banyak ok. RM2 tuuu :)



Inilah rupa mesin tiket tu. Semua berkenaan dengan tiket viva viagem korang boleh buat kat sini. Dari nak beli tiket dan top up tiket. Jangan risau, ada option untuk English jadi gak usah ribut looo. Yang penting, sediakan duit kecil je. Kalau korang bernasib baik, kadang ada pegawai yang jaga kat situ. Jadi kalau korang cuak gelabah sangat, minta je tolong pegawai tu :)




"Apa yang best kat Lisbon ni?"


Kalau korang datang Lisbon ni, korang kena pergi tempat mcm Praca do Comercio. Kat sini view memang cantik. Depan dia ada laut. Actually aku tak pasti tu laut ke sungai. Nama Tagus River. Tapi besar macam laut. So aku panggil jela laut hahaha.


Keluar je dari station metro Baixa-Chiado, korang akan melalui Rua Augusta di mana terdapat banyak blok bangunan yang semua nya adalah shop lot. Ada Zara, H&M, Miss Selfridge dan macam-macam lagi termasuk local brand. Kalau kat London, ibaratnya macam kat Oxford Street la. Sepanjang jalan ni memang sangat happening dengan umat manusia. Di tambah pula dengan orang-orang yang buat street performance bagai. Memang meriah. Ha kalau korang nampak gerbang kat depan tu, kat area tula Praca do Comercio. 



Kasi can la kitorang nak selfie sikit. Ha adik comel, meh join sekali akak ngan abang selfie ;) Kat belakang kitorang ni ada satu kedai sourvenir yang best. Pekerja dia orang-orang bangladesh yang pernah kerja kat Malaysia. So, inilah peluang korang nak bercakap bahasa melayu.  Bila diorang nampak korang kat luar kedai dia, dia akan cakap "Apa khabar". Eh kau ni, tau plak kitorang ni orang melayu. Diorang siap tanya orang Malaysia ke. Kitorang pun apa lagi, masuk la kedai tu. Harga pun dia bagi special sikit. Untung jadi orang Malaysia. kikiki. 




Dah sampai Praca do Comercio. Tempat ni cuma satu kawasan lapang yang dikelilingi degan bangunan. Depan dia Tagus River yang aku confuse dia tu sungai ke laut :D Kat sini memang port orang lepak-lepak sebab sini angin sejuk. Da masuk lewat petang lagi lah sejuk sampai menggigil. Kalau korang nampak ada kawasan tinggi yang berpokok-pokok tu, tulah Miraduoro da Senhora do Monte. Korang boleh tengok bandar Lisbon secara meluas. Paling cantik masa sunset. Walah ! Romantica de amor !



Kan dah cakap cantik gila ! Miraduoro ni bermaksud 'viewpoint'. Kat Lisbon ni ada banyak viewpoint tapi Miraduoro da Senhora do Monte ni antara viewpoint yang paling romantik la. Gila tak romantik kalau dah macam gini. Mesti ramai couple propose kat sini. Ke ramai yang break up kat sini? -___-



Inilah dia Tagus River. Best duduk sini tengok pemandangan. Angin yang sejuk sepoi-sepoi bahasa, memang layan perasaan habis. Kadang tepi-tepi tebing tu memang penuh ngan orang je baring-baring feeling macam berada di Maldives.





Tram. Korang boleh naik dan turun kat mana-mana pit stop. Dia akan lalu di setiap pelosok bandar Lisbon ni. So memang sesuai kalau korang nak explore bandar Lisbon dengan gaya yang unik. Dekat Praco do Comercio juga adalah tempat korang boleh tunggu nak naik bas biasa, bas hop on hop off atau pun tram.




Sepanjang kitorang jalan kat area Baixa-Chiado ni, kitorang makan kat kedai Santi Steakhouse & Kebab ni. Nak cari kedai makan halal mungkin susah sikit. Kalau ada pun makanan dari negara middle eastern macam kebab. Mujur kebab ni makanan favourite. 



Kau tengok tu kau tengok ! Penuh satu pinggan dengan daging. Siap aku minta tapau makan kat hotel hahaha. Salah satu tips kalau korang g berjalan ke negara bercurrency tinggi ni, kalau kau nak beli pape, jangan sekali-kali kau convert ke Ringgit Malaysia. Kalau kau asyik convert je, alamatnya memang kau tak makan la hahaha. Kalau ikutkan harga dia dalam 10 euro je. Tapi kalau kau convert, 1 pinggan dalam RM40. Sebab tu kau jangan duk fikir kalau convert duit Malaysia berapa ea. No no no. Tapi dengan portion banyak camni, kira berbaloi la kan.


Aku ni perut melayu jadi memang akan cari nasi even makanan favourite aku kebab. So aku bawak siap-siap makanan dalam paket macam rendang daging la ayam masak merah la. Heaven kot kau dapat makan rendang kat bumi Eropah hahaha.


Ok la Part II berakhir kat sini. Kita berjumpa lagi di Part III. Thanks for reading.






www.tips-fb.com

No comments: