Sunday, 25 November 2012

Twilight Screening by FCC (Farmasi Colour Cosmetics)

Assalamualaikum

Sejak bergelar wanita bekerjaya ni, update blog jarang, online pun macam gitu-gitu. Tapi walaupun macam tu, masih ada orang yang ingat kat diri yang kerdil and memboringkan ni. *touching* sok sek sok sek.

Minggu lepas masa tergerak hati nak online, tiba-tiba dapat 1 jemputan dari FCC (Farmasi Colour Cosmetic) untuk jadi blogger guest tayangan Twilight : Breaking Dawn Part II. Iolss ni tak famous jadi bila dapat invitation macam ni, rasa macam di awangan dan bermimpi la kan. Wait, sebelum tu korang tau tak apa tu Farmasi Colour Cosmetics (FCC) ? FCC ni adalah rangkaian kosmetik yang diimport dari Turki. Bukan saja make up stuffs, perfumes pun ada dan produk ni dah makin famous sekarang. Harga yang diorang tawarkan pun adalah sangat berpatutan which is memang mampu kita semua miliki la. Produk FCC ni korang boleh dapati contohnya kat Parkson dan Jusco.


Perempuan memang tak dapat dipisahkan dengan make up. Yang paling best pasal FCC ni, ia halal dan boleh di bawa solat. Best kan? Jadi pasni korang dah takyah risau da. Sementara tunggu masuk waktu tu, p  la amik wudhu' , mekap-mekap and terus solat. Tapi jangan la mekap over sangat macam tepung gomak ye kawan-kawan. No good no good. Less is more gituuu ;D

Event ni berlangsung pada Jumaat lepas 23 Novermber 2012.Saya dapat 2 tiket ke Twilight screening ni. Jadi I ajak one of my good friend iaitu Bella Swan :D Siapa yang suka Twilight series ni memang wajib tengok yang final ni. I ni memang peminat tegar Twilight dari dulu jadi I rate Breaking Dawn Part II ni 9/10. Tak boleh bagi full nanti production Twilight riak takbur plak hahahaha

Bukan saja dapat tiket free. Malah popcorn dan air juga dapat free. Kami juga dapat lip gloss free dari FCC. yeayy thanks FCC! *sambil tenyeh lipgloss baru* 

Inilah si jojes Bella Swan I yang telah menjadi vampire baru-baru ni :D Kalau dia ni jadi vampire, suma orang pun sanggup kena gigit. Kenyang perut tak payah susah-susah nak cari mangsa haha.  Thanks sayang love you! <3 p="p">

Bella Swan ceria dengan Ara Lee si model jojes tinggi lampai and Ieka, antara orang kuat yang menjayakan event FCC ni. Thanks Ieka ! Ara and Ieka sangat friendly and cute :)

 Teruja habaq hang dengan popcorn free. Sampai habis movie pun tak makan lagi. Sebab perut dah overloaded makan nugget ngan french fries, jadi bawa balik je haha.

 Mentang-mentang tengok Twilight, baju pun nak merah je macam mata vampire. Nasib tak pakai lens merah. Over. Feeling ala-ala retis lalu red carpet pastu ada banyak papparazi tangkap gamba. Okay berangan. 

Masa kami sampai tu memang ramai gila la orang. Retis pun ada. Kitorang ingat event biasa rupa nya grand juga la. Congrats FCC team :) and thanks pada semua. Pada yang tak tengok lagi Twilight, silalah kunjungi pawagam-pawagam yang berhampiran dengan anda. Best kot! Tapi kalau korang rasa tak best, I minta maaf la. Duit anda tidak akan dikembalikan. Peace. Salam.

www.tips-fb.com

Thursday, 22 November 2012

Apa kita nak buat dengan barang-barang Israel ni?

Assalamualaikum


Semua dari kita tahu apa yang dah pihak Israel laknatullah buat pada saudara-saudara kita di Palestin. Memang sedih. Teramat sedih sehingga satu dunia mengutuk perbuatan Israel terhadap Palestin. Kejam diorang tu seperti robot. tiada hati perut dan tak perikemanusiaan. Kita yang ada kat Malaysia ni janganlah berhenti berdoa untuk saudara kita kat Palestin sana. Semoga mereka kuat mengharungi ujian Allah yang besar ni. 

Alhamdulillah baru-baru ni kita dikhabarkan serangan senjata telah dihentikan. Ini semua berkat doa kita semua. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Walau bagaimana pun, tak bermakna semuanya dah pulih. Selain berdoa, satu lagi cara yang boleh kita lakukan adalah dengan memboikot segala macam produk Israel. Beberapa buah negara juga dah jalankan kempen memboikot barangan Israel ni termasuklah United Kingdom. 

Kalau di teliti list ni, memang macam agak susah kan kita nak boikot semua. Tapi cuba lah seberapa yang mampu. Membeli barangan Israel adalah sama dengan menyokong Israel. Sama-sama lah kita saling mengingati.

www.tips-fb.com

Friday, 26 October 2012

Produk Acai Berry Beracun?

Assalamualaikum

Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di dunia :) Buat yang cuti, selamat bercuti selamat berehat. Buat siapa yang kena bekerja esok,  kerja rajin-rajin. kerja tu ibadah jugak. Kita berkorban cuti demi orang lain. Kan lebih mulia tu? :)

Korang pernah dengar tak pasal dietary supplement Acai Berry? I bet mesti ramai jugak yang dah tau kan sebab product ni dah makin famous. Haritu masa belek-belek facebook, tiba ternampak 1 artikel pasal Acai Berry ni. Dengan kadar segera tanpa fikir panjang, saya terus klik sebab eager sangat nak tau apa yang diorang dok cerita pasal product Acai Berry ni kan. "Produk Acai Berry Beracun" . Korang boleh la klik kat link tu untuk baca lebih lanjut pasal Acai Berry ni.

Dalam Artikel tu dia ada kata yang Acai Berry ni mengandungi sejenis bahan kimia beracun Sibutramine yang boleh meningkatkan tekanan darah dan nadi dan ada pengguna yang meninggal dunia. Ya Allah saya pernah makan 3 capsules kot Acai Berry ni. Mujur 3 capsules je. Kalau sebotol? T__T

Sumber dari MyMetro

Jadi pada sesiapa yang dah terconsume Acai Berry ni, diharapkan korang berhenti serta merta ya untuk elakkan perkara yang tak diingini berlaku. Research adalah sangat penting kalau nak mula makan sesuatu supplement :)

p/s : Makan VCO jela cenggini. Baru ingat makan Acai Berry tu nak kurus cepat hahaha. Thanks Ya Allah.
www.tips-fb.com

Sunday, 14 October 2012

Put your hijab on

Assalamualaikum


Yes it is :)

Islam is Universal .You can style up your hijab in so many ways. Tak semestinya pakai tudung korang tak boleh bergaya (lebih manis kalau gayakan dengan sempurna)
:)

www.tips-fb.com

Thursday, 5 July 2012

Selamat Pengantin Baru Irine :)

Assalamualaikum

Dari tajuk entry saja I pasti semua dah tahu apa yang nak dikabo kali ni. Ye wedding Irine pada Sabtu lepas (30 Jun 2012) kat Masjid Tanah, Melaka.  Siapa tak kenal Irine? meh jenguk sini .  Selamat pengantin baru Irine :) Cantik sangat kau dik. Macam princess disneyland :)

Perjalanan ke rumah pengantin memang sungguh mencabar bilamana hampir sesat sebab gps tak boleh trace tibe. ke GPS outdated? Walaupun agak lewat, tapi sampai juga ke rumah Irine dengan selamat.  Waktu tu macam dah tak ramai orang dah. Sampai-sampai je, macam terpegun sangat! Irine cantik sangat subhanallah. Make up cantik baju cantik pelamin cantik semua la cantik. kitorang semua macam teruja. Rasa nak bawak balik semua bunga-bunga hiasan pelamin bagai. Over. Lambat-lambat sampai tu pun, kami antara golongan yang bertuah sebab dapat dengar pasangan pengantin nyanyi lagu Dua Insan. Sedap ngat suara dak Irine ni. Kalah Najwa Latip. Kenapa Najwa?

Irine dan suami memang sangat sepadan bagai pinang di belah dua gitu. tengok don't you think turqoise and pink are too cute? Pengantin pun cute. Memang sesuai sangat dah :)
(credit to the photographer)

Pelamin Irine cantik sangat. takde sarat-sarat. Mata pun tak berpinau tengok (dan-dan cakap melaka) Sweet dan simple kan. Double like.

Tengok keterujaan kitorang yang tak terhingga dan tak boleh disangkal lagi. Last-last pelamin tu kami buat macam pelamin sendiri. 

It was a super happy day after all. Selain dapat meraikan pengantin, hari tu juga adalah hari dimana I dapat berjumpa dengan kakak-kakak tersayang, adik tersayang. rindu ooohh. Kat wedding Irine juga I dapat berjumpa dengan ramai kawan. Kawan realiti mahu pun kawan di alam siber ni. 

p/s : Irine, kak Aza doakan agar Irine sentiasa bahagia bersama suami tercinta, dikurniakan anak yang soleh solehah dan sentiasa tenang dalam menempuh hidup berumah tangga. Semoga segala urusan Irine dipermudahkan Allah insyaAllah. Love you lil sis. Thanks sebab bagi perut akak kenyang and jemput akak ke majlis Irine :D



www.tips-fb.com

Monday, 2 July 2012

It's July

Assalamualaikum 


Hi readers. Missing me? :)
How was your day? Don't you realize this is my first entry after few months? Sorry for such a long hiatus. Hey time flies so fast. It's already July! and I've left my blog untouched for quite sometime. Forgive me.

Ramadhan is just around a corner. I just can't wait for Ramadhan to come. How about you? By the way, there's a lot of good things happened in my life recently. Alhamdulillah. Let's pray for the best for all of us because Doa' is the most powerful weapon as a Muslim. If you think you're at the lowest point of life and do not know what to do and keep blaming others, wake up and doa. Because Allah always have the answer why. Stay positive okay (reminder untuk diri sendiri juga)  :)


Till we meet again. salam 
:)


www.tips-fb.com

Saturday, 10 March 2012

Jangan Bersedih

Assalamualaikum

Ada masa dalam hidup kita ni kita rasa cukup sedih & down disebabkan perbuatan orang lain yang seterusnya memberi impak besar dalam hidup kita. Contoh yang paling dekat kita boleh ambil seperti love issue, trust issue dan friendship issue. Tiada orang kat dunia ni yang suka ditinggalkan, dianiaya, ditindas, di tikam belakang dan sebagainya.

Namun, kita kena ingat yang hidup ni tak tumpah seperti roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika seseorang tu dah menyakitkan hati kita terutama orang yang kita percaya, orang yang kita sayang, tak mustahil satu hari nanti orang tu pula akan merasai perasaan yang sama seperti apa yang kita rasa akibat perbuatan dia sendiri. Allah itu maha adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jadi, kita kena sentiasa positif dalam hidup. Walau sebesar mana pun dugaan yang kita harungi, kita kena sentiasa ingat yang Allah sentiasa bersama hamba-hambanya walaupun hambanya kadang kala terlupa kepada-Nya



La takhaf wala tahzan, innallaha ma'ana
'Jangan kamu takut dan janganlah kamu bersedih
sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita"
www.tips-fb.com

Thursday, 8 March 2012

Happy International Women's Day 2012

assalamualaikum

Connecting Girls, Inspiring Future

Blog ni macam busuk sangat je sebab since last year tak update. Sedih dengan diri sendiri bajet amik kos medic sampai blog sendiri tak update-update since last year. InsyaAllah lepas ni akan rajin update (harapan lah kan)

By the way, I'm writing here today sebab nak wish Happy Women's Day to all ladies in this world. Kebiasaannya orang akan mulakan entry tahun baru dengan entry berunsurkan azam tahun baru, bercerita tentang what 2011 had give you. Tapi berbeza dengan I. I mulakan tahun baru dengan entry hari wanita sedunia which is on March ye kawan-kawan march T_T

Okay back to our topic. 8 Mac setiap tahun telah diiystiharkan sebagai Hari Wanita Sedunia. Bercakap tentang Hari Wanita Sedunia ni, apa kata kita luangkan sedikit masa untuk baca info-info yang terdapat kat dalam web International Women's Day . Ada banyak info-info berguna yang boleh kita dapat kat dalam web ni.

Photobucket

Terdapat banyak info menarik yang kita boleh dapat dari website ni. Contohnya, bagaimana boleh terbentuknya Hari Wanita Sedunia. Di website ni juga kita boleh tengok apa event yang telah dirangka oleh semua negara di dunia sempena Hari Wanita Sedunia. Malaysia pun ada. Jadi apa kata kita get involve dengan aktiviti yang di jalankan. Yela untuk kita juga kan heee. Paling menarik, kita boleh tengok banyak hasil karya lukisan & penulisan oleh wanita-wanita kat dunia ni. Serius menarik. Jom terjah sini .


Photobucket

Ada banyak isu yang boleh kita tengok melibatkan wanita kat dunia ni terutama dari segi pembangunan & kesihatan. Kita ni sebagai perempuan, kena jaga kesihatan diri kita. Buatlah medical check up terutama bagi mencegah penyakit-penyakit seperti kanser payudara & pangkal rahim. okay? by the way, thanks pada yang dah senaraikan Azar Nadhirah dalam 19 blogger cantik malaysia. *malu kthxbye*


till then, salam.
www.tips-fb.com